Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat(SAR) penumpang lelaki bot ekspres yang lemas selepas jatuh di muara Sungai Paloh di sini ditamatkan hari ini selepas tiada tanda-tanda mangsa dijumpai.Foto JBPM

SAR lelaki jatuh bot ekspres ditamatkan, tunggu petunjuk baharu

TANJUNG MANIS, 2 April: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang lelaki bot ekspres yang lemas selepas jatuh di muara Sungai Paloh di sini ditamatkan hari ini selepas tiada petanda mangsa dijumpai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak berkata, perbincangan dengan semua agensi terlibat termasuk ahli keluarga mangsa bersetuju oeprasi SAR ditamatkan jam 4.14 petang ini.

“Operasi ini ditangguh buat sementara waktu sehingga ada petunjuk baru.

“Dalam SAR pagi tadi pencarian dilakukan dengan teknik pencarian di permukaan air di lokasi mangsa dikhuatiri lemas muara Sungai Paloh dari jarak radius sembilan kilometer dari lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada sebelah petang SAR duteruskan menggunakan bot bersama agensi terlibat dan penduduk Kampung.

“Radius pencarian diperluaskan ke 11 kilometer dari lokasi dengan menyusuri Sungai Kedang dan Sungai Baun,” ujarnya.

Dalam kejadian sekitar jam 1.20 tengah hari Sabtu, mangsa Awang Indera Awang Mahmud,45, seorang penumpang bot ekpres telah terjatuh di muara Sungai Paloh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan