Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi ketika ditemui pada pada Majlis Rahmah Tahmah Hari Raya Aidilfitri 2025 di Kuching hari ini. Foto TVS

Portfolio baharu bukan beban, ia amanah mantapkan ilmu kepimpinan

ByWilly Jali

KUCHING, 2 April: Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyifatkan pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam)  sebagai amanah yang memberi pengalaman kepimpinan baharu serta bukan suatu bebanan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepercayaan yang diberikan untuk memegang portfolio baharu tersebut.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini.

“Saya tidak menganggap ia sebagai satu beban, tetapi lebih kepada satu tugas biasa seperti yang pernah saya jalankan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rahmah Tahmah Hari Raya Aidilfitri 2025 di Kuching, di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan negeri, beliau telah diberikan pelbagai portfolio dan pelantikan baharu tersebut merupakan satu cabaran yang akan memberikan pengalaman serta meningkatkan kemahiran kepimpinannya.

“Saya rasa ini adalah satu pembaharuan terkini. Ia bukan beban bagi saya, tetapi satu peluang untuk saya menimba pengalaman baharu. Saya bersyukur atas amanah yang diberikan dan saya bersedia untuk mengharunginya.

“Selain itu, ia juga merupakan pengalaman pertama saya berpindah jabatan dan saya berharap dapat memperoleh pengalaman baharu serta menyumbang sesuatu yang bermakna dalam peranan ini,” jelasnya.

Untuk rekod, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) yang juga berkuat kuasa pada 17 Mac lalu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan