Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, hari ini. Foto Amirrudin Shah (TVS)

Polis akan ambil keterangan kontraktor susulan kebakaran saluran gas

ByHafeezzur Muzamir

SUBANG JAYA, 2 April: Polis akan mengenal pasti dan mengambil keterangan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di Jalan Putra Harmoni Putra Height, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya kini terlebih dahulu merakam percakapan mangsa-mangsa terlibat yang kini ditempatkan di beberapa hospital dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

”Kita masih lagi dalam siasatan terutamanya untuk kenal pasti (kontraktor). Kita akan merujuk pihak majlis bagi mendapatkan maklumat sama ada permit diberikan kepada kontraktor untuk menjalankan kerja di ‘buffer zone pipeline’ itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, hari ini.

Wan Azlan berkata demikian bagi mengulas dakwaan penduduk mengenai insiden itu yang mengatakan ia berpunca daripada kerja-kerja pengorekan oleh sebuah syarikat kontraktor.

Penduduk mendakwa kerja-kerja pengorekan dijalankan menjadi punca kebakaran saluran gas berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Azlan memaklumkan, seramai 111 mangsa masih mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital di sekitar Selangor.

Kata beliau, 80 mangsa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan manakala baki 31 mangsa di hospital swasta.

“Di zon merah seramai 13 orang, zon kuning pula seramai 55 orang, manakala di zon hijau 43 mangsa.

“Daripada 111 mangsa, 75 berada di Hospital Serdang, Hospital Cyberjaya dan juga Hospital Putrajaya. Manakala baki 36 lagi mangsa berada di Hospital Ampang dan Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Bagi kerosakan harta benda pula, Wan Azlan berkata tiada perubahan ketara berbanding semalam dengan 235 premis dikenal pasti terjejas dengan 399 kenderaan mengalami kerosakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan