Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang warga emas lelaki ditemukan dalam keadaan mereput di sungai berhampiran Rumah Pam Sungai Raja, dekat sini, hari ini. Foto media sosial

Mayat warga emas ditemukan di sungai

ByBernama

ALOR SETAR, 2 April: Mayat seorang warga emas lelaki ditemukan dalam keadaan mereput di sungai berhampiran Rumah Pam Sungai Raja, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat di sungai itu kira-kira 12.43 tengah hari tadi.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar serta dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah ke lokasi kejadian dan dipercayai mangsa yang berusia 70 tahun itu telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah mereput.

“Polis juga menemui lesen memandu mangsa dan mendapati waris mangsa ada membuat laporan orang hilang pada 23 Mac lalu. Hasil siasatan lanjut mendapati tiada unsur-unsur jenayah pada tubuh badan mangsa,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah dan punca sebenar kematian belum dipastikan sehingga laporan penuh bedah siasat diperolehi.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan mayat itu bagi mengelakkan kegusaran kepada ketenteraman awam,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke IPD Kota Setar atau menghubungi Ketua Polis Balai Alor Setar Insp Douglas Anak Tugau di talian 013-3312210.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan