Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kakitangan hotel berusia 26 tahun diselamatkan daripada runtuhan sebuah bangunan hotel di Nay Pyi Taw pada Rabu, lima hari selepas gempa bumi bermagnitud 7.9 melanda Myanmar, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara, lapor Xinhua. Foto AFP

Lelaki diselamatkan di Nay Pyi Taw lima hari selepas gempa bumi

ByBernama

YANGON, 2 April: Seorang kakitangan hotel berusia 26 tahun diselamatkan daripada runtuhan sebuah bangunan hotel di Nay Pyi Taw pada Rabu, lima hari selepas gempa bumi bermagnitud 7.9 melanda Myanmar, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara, lapor Xinhua.

Dua individu dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan, dan pasukan penyelamat dari Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar serta Turkiye berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang terselamat, menurut pasukan penerangan itu.

Operasi di hotel berkenaan bermula sekitar 3.00 petang waktu tempatan pada Selasa, dan lelaki itu berjaya diselamatkan kira-kira 12.30 tengah malam waktu tempatan pada Rabu, katanya.

Usaha masih diteruskan bagi mengesan dan menyelamatkan individu yang masih terperangkap.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan