Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Demonstrasi di luar Perhimpunan Kebangsaan di Seoul pada awal pagi 4 Disember selepas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera. Foto AFP

Kedutaan Malaysia di Seoul nasihatkan berwaspada menjelang keputusan mahkamah Korea Selatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 April: Kedutaan Malaysia di Seoul mengeluarkan nasihat kepada rakyat Malaysia di Korea Selatan, menggesa mereka agar bertenang dan berwaspada menjelang serta selepas keputusan Mahkamah Perlembagaan mengenai pendakwaan ke atas Presiden Yoon Suk Yeol pada 4 April ini.

“Dijangkakan demonstrasi berskala besar akan berlangsung dengan peningkatan kehadiran pihak keselamatan, terutama di kawasan seperti Dewan Negara di Yeouido, Dataran Gwanghwamun dan Mahkamah Perlembagaan di Jongno, Pejabat Presiden di Samgakji serta Kediaman Presiden di Hannam-dong.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan agar mengelak kawasan protes dan berhati-hati jika berada di sekitar perhimpunan berskala besar,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram kedutaan.

Kedutaan turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan terus mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut kedutaan, pihaknya akan terus memantau situasi dengan teliti serta menyediakan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di negara itu.

Bagi mendapatkan maklumat serta bantuan segera, rakyat Malaysia digalakkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka melalui e-Konsular atau menghubungi kedutaan sekiranya berlaku kecemasan.

Kedutaan boleh dihubungi melalui talian +82-2-2077-8600 (Talian Am) dan +82-10-8974-8699 (selepas waktu pejabat, hujung minggu, serta cuti umum), e-mel mwseoul@kln.gov.my atau di alamat 129, Dokseodang-ro, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan