Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan sumbangan  RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Foto Media sosial

Kebakaran saluran paip gas: KPM salur bantuan RM1,000 kepada mangsa terjejas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 April: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan sumbangan  RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata setakat pagi ini, pihaknya telah mengenal pasti seramai 107 warga KPM yang terjejas, termasuk lima guru dan 102 murid manakala empat mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan secepat mungkin selepas segala data dikumpul dan disemak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) susulan kemusnahan barangan persekolahan, seperti buku teks dan dokumen peribadi.

“Warga KPM antara yang menerima kesan akibat kejadian ini dan ia melibatkan anak-anak kita daripada 23 sekolah di kawasan ini, jadi KPM ambil tanggungjawab penuh untuk menjaga kebajikan mereka.

“JPNS turut memaklumkan ada dari mangsa ini yang total lost, bermakna barangan keperluan sekolah tiada langsung, musnah sama sekali, jadi saya turut minta mereka bantu dari konteks itu … bantuan ini juga akan disokong oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Yayasan Didik Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Puchong di sini hari ini.

Fadhlina berkata pihaknya juga akan mengaktifkan pasukan kaunselor dan pasukan sokongan akademik di PPS itu bagi membantu kebersediaan murid menjelang sesi persekolahan yang akan bermula minggu depan.

“Saya sudah meminta Jabatan Pendidikan Negeri untuk memantau rapat, data ini sangat dinamik, anak-anak yang terlibat akan dipantau dari hari ke hari bagi memastikan semua sistem sokongan akan disalurkan kepada mereka,” katanya.

Fadhlina turut mengucapkan takziah selain menegaskan komitmen KPM untuk memastikan kebajikan warganya dan murid yang terjejas terjaga bagi mengharungi insiden berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan