Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Pusat Konvensyen CIDB, Petra Jaya, hari ini. Foto TVS

Kebakaran paip gas Putra Heights: Kerajaan jamin bekalan tenaga negara stabil

ByRegina Lee

KUCHING, 2 April: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan tenaga negara tidak terjejas setakat ini susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor pada Selasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, laporan yang diterimanya setakat ini menunjukkan bekalan masih stabil, meskipun pada minggu ini ia dilabel sebagai tempoh kritikal.

“Minggu depan kita akan cari langkah untuk membekalkan gas kepada jana kuasa yang terlibat, dan sekiranya kita mengalami kesulitan, PETRONAS akan mencari jalan untuk membekalkan gas.

“Langkah seterusnya (jika bekalan gas tidak dapat disalurkan) yang kita akan ambil, adalah untuk menghidupkan jana kuasa yang lama bagi memastikan bekalan tenaga di Lembah Klang tidak akan terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Pusat Konvensyen CIDB, Petra Jaya hari ini.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Ditanya mengenai kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Fadillah berkata tiada kabel terjejas setakat ini dan pihaknya bersama PETRONAS mengadakan audit integriti terhadap kabel elektrik di kawasan terjejas.

“Kalau kabel terjejas, sudah pasti terputus bekalan elektrik. Setakat ini tidak ada lah, TNB sedang memantau bagi memastikan seluruh infrasruktur tidak terjejas.

“Segala bentuk bantuan akan dimuktamadkan melalui PETRONAS, sama ada menerusi insurans dan sebagainya, bergantung kepada keseluruhan siasatan.

“Pihak bank turut mengumumkan bahawa peminja-peminjam (pemilik rumah) yang terjejas akan diberi kemudahan bantuan,” katanya lagi.

Berhubung isu dakwaan berlakun ya kerja-kerja menanam cerucuk di kawasan kejadian, Fadillah menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Biarlah siasatan itu diselesaikan dahulu, saya tidak mahu membuat sebarang andaian sehinggan siasatan selesai dilaksanakan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan