Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Height bermula esok hingga Jumaat. Foto fail TVS

JPJ akan buka kaunter di Masjid Putra Height – Loke

ByBernama

SEPANG, 2 April: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Height bermula esok hingga Jumaat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini bagi memudahkan pemilik kenderaan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Height semalam mencetak semula dokumen yang rosak atau hilang.

“Jadi dua hari berturut-turut, kami akan letakkan kaunter bergerak kami di masjid itu untuk memudahkan pemilik mencetak semula dokumen mereka terutamanya sijil kenderaan, lesen memandu dan cukai jalan, jika mereka perlu,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 399 kenderaan dilaporkan rosak dalam insiden itu.

Loke berkata kerajaan juga sedang berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk meletakkan wakil mereka di PPS berkenaan bagi memberikan khidmat nasihat kepada mangsa mengenai tindakan lanjut berhubung tuntutan insurans.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan