Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dakwaan bahawa tiada Pakar Perubatan Kardiologi bertugas di Pusat Jantung Sarawak sepanjang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar. Foto Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)

Dakwaan tiada pakar kardiologi Pusat Jantung Sarawak bertugas semasa Aidilfitri tidak benar

KUCHING, 2 April: Dakwaan bahawa tiada Pakar Perubatan Kardiologi bertugas di Pusat Jantung Sarawak sepanjang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, dakwaan bahawa pesakit hanya diperiksa selepas penularan ciapan di media sosial juga adalah tidak benar.

“Oleh itu, semua pihak disarankan untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber rasmi sebelum menyebarkan sebarang isu di media sosial. Penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh mengelirukan orang awam serta menjejaskan kepercayaan terhadap perkhidmatan kesihatan.

“JKN Sarawak menghargai keprihatinan serta maklum balas daripada orang awam dan ingin menegaskan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, cekap dan berteraskan serta kesejahteraan pesakit pada sepanjang masa,” jelas kenyataan berkenaan.

JKN Sarawak merujuk kepada ciapan yang tular di laman media sosial Facebook pada 30 Mac 2025 berkenaan dakwaan kelewatan dalam pemberian rawatan oleh Pakar Perubatan Kardiologi kepada seorang pesakit di Pusat Jantung Sarawak (PJS).

Katanya, berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak hospital dan JKN Sarawak, kes ini melibatkan seorang pesakit yang telah dirujuk oleh sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut di PJS pada 28 Mac 2025.

“Rekod perubatan rasmi menunjukkan bahawa pesakit tiba di Jabatan Kecemasan PJS pada jam 1pagi, 29 Mac 2025, dan telah segera diperiksa oleh Pegawai Perubatan Kecemasan pada jam 1.10 pagi.

“Kes ini seterusnya dirujuk kepada Pegawai Perubatan Kardiologi yang ketika itu sedang merawat pesakit lain yang berada dalam keadaan kritikal. Pada jam 4.33 pagi, setelah berbincang dengan Pakar Perubatan Kardiologi yang bertugas secara atas panggilan (on-call), pesakit telah dimasukkan ke wad khas untuk rawatan lanjut,” tambahnya.

Katanya, pada jam 9.30 pagi hari yang sama, pesakit sekali lagi diperiksa oleh Pakar Perubatan Kardiologi bersama Pegawai Perubatan Kardiologi dan pasukan jururawat semasa rondaan pagi di wad.

“Rondaan pagi berkenaan adalah antara aktiviti rutin yang dijalankan oleh Pakar Perubatan bersama pasukan pada setiap hari tidak mengira cuti umum atau hari bekerja biasa,” jelas kenyataan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan