Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Foto Bernama

Beri maklumat jika ada bukti salah laku insiden Putra Heights – Amirudin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 April: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta orang ramai yang mempunyai bukti berhubung salah laku berkaitan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam, supaya tampil memberi maklumat kepada polis.

Beliau berkata langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala sebegitu besar.

“Kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

“Keutamaan bagi kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan ialah keselamatan, kebajikan dan keselesaan semua penduduk yang terkesan,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Amirudin berkata laporan awal berhubung insiden itu akan dibentangkan dalam tempoh 72 jam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis akan menyiasat dakwaan kerja pengorekan tanah sebagai punca kebakaran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan