Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam kebakaran saluran paip gas diĀ  Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi. Foto Media sosial

ABM saran pemilik terjejas susulan kebakaran di Putra Heights hubungi bank mereka

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 April: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights semalam.

ā€œKami faham bahawa bencana ini telah menyebabkan kesusahan dan gangguan terhadap kehidupan seharian mereka dan kami ingin memastikan mereka yang terjejas bahawa kami komited untuk memberi sokongan dalam saat-saat yang mencabar ini,ā€ kata ABM melalui satu kenyataan.

Persatuan itu menyarankan mereka yang terjejas yang mempunyai pinjaman dengan bank untuk menghubungi bank masing -masing bagi membincangkan sokongan yang ada melalui laman web rasmi atau talian perkhidmatan pelanggan bank mereka.

Bank yang menjadi anggota ABM bersedia membantu berdasarkan keadaan individu terbabit.

ā€œABM bersama dengan komuniti yang terjejas dan komited untuk bekerja dengan anggota kami bagi menyokong mereka yang memerlukan,ā€ katanya lagi.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi ABMConnect pada 1300-88-9980 atau e-mel abmconnect@abm.org.my. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan