Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS

Persatuan Haiwan Malaysia tawar khidmat jagaan sementara secara percuma

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 April: Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menawarkan perkhidmatan penjagaan haiwan peliharaan secara percuma selama tujuh hari kepada pemilik terjejas dalam kejadian kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor hari ini.

Presiden PHM Arie Dwi Andika berkata tawaran itu bermula esok hingga 8 April ini, melibatkan haiwan-haiwan kecil seperti kucing, arnab, burung, hamster, landak kecil dan musang peliharaan.

“Kesemua haiwan yang dinyatakan tadi akan diletakkan di tempat perlindungan Galeri Animal Malaysia di Jalan Ipoh di sini. Tempat perlindungan ini mempunyai Lesen Aktiviti Berhubung Dengan Tempat Kurungan dan Perlindungan Haiwan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

“Haiwan milik mangsa kejadian kebakaran itu akan dijaga dan diurus selama tempoh berada di tempat perlindungan, dengan diberi makan dan minum serta keperluan sewajarnya.

“Khidmat pengambilan dan penghantaran semula turut disediakan secara percuma dengan jadual pengambilan akan dikemas kini secara berkala oleh pengurusan tempat perlindungan,” kata Arie kepada Bernama melalui pesanan WhatsApp.

Beliau berkata pemilik haiwan yang memerlukan khidmat jagaan sementara secara percuma itu boleh menghubungi pihaknya di talian 011-7124 5931.

Kebakaran saluran paip gas pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar dengan ada menyifatkannya bagaikan satu bencana gempa bumi yang dahsyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan