Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut tiga hari selepas kemalangan dengan kereta di kawasan Kilometer (KM) 11.5, Jalan Bau/Krokong/Seropak pada Sabtu lalu. Foto IPD Bau

Penunggang motorsikal maut selepas tiga hari bertarung nyawa

BAU, 1 April: Seorang penunggang motorsikal meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching selepas kemalangan dengan kereta di kawasan Kilometer (KM) 11.5, Jalan Bau/Krokong/Seropak pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Dr Daram Ruer berkata, kemalangan sekitar jam 8.30 pagi itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dan motosikal jenis Yamaha Legenda.

“Akibat kemalangan itu penunggang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kecederaan dalaman.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 April 2025 oleh pihak pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) semasa mendapat rawatan di Wad Neuro Surgery HDU HUS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta sedang bergerak lurus dari arah Kampung Batu Spit Krokong menuju ke arah Kampung Skiat Bau.

“Pemandu telah berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Legenda yang keluar dari simpang dari arah Bau menuju ke arah Seropak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berikutan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi mana mana balai polis berhampiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan