Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta mewah jenis Porsche terbakar di Jalan Datuk Mohammad Musa Kota Samarahan, petang tadi.Foto JBPM

Kereta mewah musnah terbakar di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 1 April: Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah dalam kebakaran di Jalan Datuk Mohammad Musa di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Nur Affandy berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.30 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

“Setiba pihak bomba di tempat kejadian di dapati sebuah kereta jenis Porsche telah terbakar keseluruhan.

“Pihak bomba bertindak menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari jentera bomba untuk mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba pada jam 6.14 petang.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

“Setelah memastikan tiada lagi punca-punca api, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Katanya, tindakan seterusnya diserah kepada pihak polis di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan