Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKM buat laporan polis komen tidak benar kematian insiden letupan paip gas . Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Kebakaran saluran gas: PM minta kerajaan negeri, agensi berkaitan beri bantuan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas diĀ  Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau turut menitipkan doa agar semua urusan petugas yang terlibat dalam operasi berkaitan insiden itu dipermudah.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Terdahulu,Ā Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu.

Beliau berkata kesemua 112 mangsa yang cedera itu membabitkan pendudukĀ  Taman Harmoni dan Kampung Kuala Kuala Sungai Baharu.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

“Daripada 112 mangsa itu, 63 orang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka.

“Bakinya iaitu 49 mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Khas JBPM dan PDRM di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan