Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima mangsa kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya, Selangor, dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, setakat ini. Foto Media sosial

Kebakaran saluran gas: Lima mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 April: Lima mangsa kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya, Selangor, dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, setakat ini.

Bernama difahamkan kesemua mangsa tiba di hospital berkenaan antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi tadi.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Kesemua mereka mengalami pelbagai tahap kecederaan dan keadaan mangsa masih dalam pemantauan pasukan perubatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Menurut beliau, kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter, dengan api marak menjulang tinggi dan operasi pemindahan penduduk turut dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan mangsa yang mengalami kecederaan ringan ditempatkan di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya untuk menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Setakat 11 pagi, sebanyak 30 orang menerima rawatan awal dan beberapa orang dihantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Kerajaan Selangor telah mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bagi menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Selain masjid itu, Masjid Al-Falah USJ 9 di Subang Jaya turut menawarkan premisnya kepada individu atau keluarga yang terkesan yang memerlukan tempat untuk berehat serta berlindung sementara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan