Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin pada perasmian dan misa pemberkatan Gereja Katolik Roh Kudus di Permyjaya, Miri, hari ini. Foto TVS

Gereja baharu di Permyjaya, akses ibadat lebih selesa

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 1 Apr: Perasmian Gereja Katolik Roh Kudus di Permyjaya mencerminkan pencapaian penting bagi komuniti Katolik di sini sekali gus menyediakan fasiliti ibadat yang lebih selesa dan lengkap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia berikutan keadaan rumah ibadat sebelum ini tidak sesuai ekoran ruang yang sempit dan panas.

“Saya masih ingat keadaan tempat lama sangat kecil dan panas. Namun, kita tetap berkumpul dan beribadat di sana dengan penuh keimanan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata demikian ketika berucap pada perasmian dan misa pemberkatan Gereja Katolik Roh Kudus di Permyjaya, Miri, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa kejayaan mendapatkan tanah seluas satu ekar serta dana RM2 juta untuk pembinaan gereja ini adalah hasil sokongan kerajaan Sarawak dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Kita bersyukur kerana usaha ini mendapat restu dan sokongan yang besar. Ini bukti bahawa kerajaan negeri prihatin terhadap semua kepercayaan,” katanya lagi.

Walaupun gereja ini telah siap dan digunakan beberapa kemudahan tambahan masih dalam perancangan termasuk pembinaan sekolah Ahad dan tempat letak kereta.

Kim Shin menyatakan komitmennya untuk menyediakan kemudahan tersebut termasuk mempertimbangkan pembinaan tempat letak kereta di bahagian belakang gereja serta menggalakkan penduduk setempat berjalan kaki atau menggunakan basikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Saya cadangkan mereka yang tinggal berdekatan supaya berjalan kaki atau menggunakan basikal. Ini akan membantu mengurangkan kesesakan di kawasan ini. Saya akan berusaha mencari jalan bagi memastikan semua kemudahan yang diperlukan oleh komuniti Katolik di sini dapat direalisasikan,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya serta mengajak semua pihak untuk terus bekerjasama dalam membangunkan Sarawak.

“Kita sangat bertuah tinggal di Sarawak, di mana kebebasan beragama dihormati dan kerajaan sentiasa menyokong semua kepercayaan. Saya mahu kita semua terus bersatu, saling menghormati, dan bekerja bersama demi masa depan yang lebih baik,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan