SELANGAU, 1 April: Dua selamat apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang lori treler yang diparkir di bahu jalan di Batu 42 , Jalan Sibu-Selangau, di sini pada Isnin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pemandu tidak mengalami kecederaan manakala penumpang mengalami kecederaan kaki kiri.
“Pasukan bomba bertindak memasang ‘cervical colar’ pada mangsa dan seterusnya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung.
“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Angkatan Pertahanan Awam untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bomba menerima panggilan pada jam 7.30 malam dan seterusnya menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau. -TVS