KUCHING, 1 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang berkunjung ke kediaman Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain sempena hari kedua Hari Raya Aidilfitri, hari ini.
Kunjungan pada 2 Syawal itu diadakan sejurus beliau menyantuni pengunjung di rumah terbuka Premier Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pagi tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, serta tetamu jemputan yang lain. – TVS