Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. Foto AFP

Zelensky umum pendapatan keluarga sekitar US$365,000 pada 2024

ByBernama

KYIV, 31 Mac: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan keluarganya memperoleh pendapatan sebanyak 15.2 juta hryvnia (sekitar US$365,000) tahun lalu, menurut kenyataan rasmi pejabat presiden pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Hampir separuh daripada jumlah itu diperoleh menerusi penjualan bon kerajaan, manakala selebihnya datang daripada gaji presiden, faedah bank serta pendapatan sewaan hartanah peribadi.

Menurut kenyataan itu, jumlah tunai yang dimiliki keluarga Zelensky pada akhir tahun 2024 kekal hampir tidak berubah, namun angka sebenar tidak dinyatakan.

Sebelum menyertai politik, Zelensky dikenali sebagai pelakon, penerbit filem dan penulis skrip.

Anggaran kekayaannya berbeza-beza, dengan beberapa sumber mendakwa beliau memiliki aset bernilai beberapa juta dolar, meskipun angka tepat tidak diketahui.

Sementara itu, agensi berita Unian melaporkan bahawa anak-anak Zelensky, Oleksandra dan Kyrylo, masih berada di Ukraine.

Dalam keadaan perang yang berterusan, Zelensky mendedahkan bahawa beliau mengamalkan rutin “5+5” untuk meluangkan masa bersama keluarga—lima minit di waktu pagi dan lima minit lagi pada waktu malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan