Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas turun memeriksa pukat di Sungai Kanowit, Nanga Julau pada Sabtu lepas ditemukan lemas pada Ahad. Foto hiasan Envato

Warga emas hilang di Sungai Kanowit ditemukan lemas

SIBU, 31 Mac: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas turun memeriksa pukat di Sungai Kanowit, Nanga Julau pada Sabtu lepas ditemukan lemas hari ini.

Penduduk rumah panjang yang menyertai operasi mencari dan menyelamat menemukan mayat Chong Yik Teck, 75, pada 11.20 pagi di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi perahunya yang sebelum ini dijumpai ditambat.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, operasi hari ketiga bermula pada 8 pagi tadi dengan menggunakan lapan perahu milik penduduk rumah panjang.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh dari sebuah bot ekspres di muara Sungai Paloh, Bahagian Mukah, pada Sabtu lepas masih diteruskan.

Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot terbabit kira-kira pukul 1.20 tengah hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan