Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto JBPM Perak

Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamatkan bomba

ByBernama

IPOH, 31 Mac: Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata panggilan kecemasan diterima pada 3.54 petang dan anggota penyelamat bergerak menggunakan kenderaan utiliti ke lokasi disebabkan laluan berkenaan tidak dapat diakses dengan jentera berat.

“Setibanya di tempat kejadian mangsa dapat dijumpai dan didapati kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat.

“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat kerja-kerja menggunakan tali penyelamat dengan menggunakan dua batang pokok sebagai pengukuh (anchor) bagi menyeberangi sungai anggaran lebar 10 kaki dan sedalam 1.2 meter dalam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya kesemua mangsa menyeberangi sungai dengan memakai peranti pengapungan peribadi dan dikawal oleh anggota penyelamat sehingga selesai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan