Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Foto AFP

Trump menyebut ‘Biden’ 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, kebanyakan dengan nada negatif – Laporan

ByBernama

WASHINGTON, 31 Mac:Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan telah menyebut nama bekas presiden Joe Biden, sekurang-kurangnya 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, dengan hampir kesemuanya dalam konteks negatif, menurut analisis yang diterbitkan oleh The New York Times dan dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.

Dalam tempoh itu, Trump menyebut nama “Biden” secara purata 6.32 kali sehari, menjadikannya antara istilah yang paling kerap digunakannya. Malah, beliau dilaporkan menyebut “Biden” lebih kerap berbanding “Amerika”.

Penganalisis politik daripada Parti Demokrat, James Carville, berpendapat bahawa tindakan Trump itu bertujuan untuk membentuk persepsi awam terhadap sebarang kemungkinan masalah ekonomi yang mungkin timbul susulan dasar perdagangan yang dilaksanakannya.

Sementara itu, pakar strategi Republikan, Kellyanne Conway berpandangan bahawa Trump menyedari tahap populariti Biden yang semakin merosot, justeru beliau sentiasa berusaha untuk mengingatkan rakyat mengenai keadaan negara yang diwarisinya.

Dalam perkembangan berkaitan, semasa tahun pertama pentadbirannya, Biden dilihat mengelak daripada menyebut nama Trump secara langsung dan sebaliknya merujuk kepada beliau sebagai “lelaki sebelum ini”. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan