Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga kanak-kanak dan seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas insiden tikaman di sebuah kediaman di barat laut Sydney, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Tragedi tikaman di Sydney: Tiga kanak-kanak, seorang wanita dikejarkan ke hospital

ByBernama

SYDNEY, 31 Mac: Tiga kanak-kanak dan seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas insiden tikaman di sebuah kediaman di barat laut Sydney, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan sekitar 5.20 pagi waktu tempatan berhubung insiden itu sebelum sepasukan polis dan paramedik dikerahkan ke lokasi, kira-kira 23 kilometer dari pusat bandar Sydney.

Setibanya di tempat kejadian, polis menemukan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, dua remaja perempuan berumur 13 dan 16 tahun, serta seorang wanita berusia 46 tahun, semuanya mengalami kecederaan akibat tikaman.

Menurut kenyataan polis, keempat-empat mangsa dipercayai mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Mereka menerima rawatan kecemasan di lokasi sebelum dihantar ke hospital berhampiran dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, laporan Australian Broadcasting Corporation memaklumkan wanita berkenaan dibawa ke hospital dalam kawalan polis, dan siasatan awal mendapati tiada individu lain yang sedang diburu berhubung kes itu.

Pihak polis menutup kawasan kejadian dan sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan