Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tiada rakyat Sarawak terjejas insiden gempa bumi Myanmar

KUCHING, 31 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan setakat ini tiada rakyat Sarawak yang dilaporkan terjejas dalam insiden gempa bumi yang melanda Myanmar baru-baru ini.

Menurut Abang Johari, Kerajaan Sarawak akan memantau perkembangan kejadian tersebut dan berhubung dengan pihak berwajib sekiranya terdapat rakyat Sarawak yang terkesan.

“Ketika ini saya tidak mempunyai maklumat terperinci. Namun berdasarkan laporan, gempa bumi ini bukan sahaja melibatkan Myanmar tetapi juga negara jiran seperti Thailand.

“Jika ada rakyat Malaysia, khususnya dari Sarawak yang terlibat, saya yakin pihak Kedutaan Malaysia akan mempunyai data tersebut. Sekiranya terdapat mangsa yang terjejas, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri bagi mengambil tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sementara itu, Abang Johari turut menekankan kepentingan dasar kerajaan dalam melestarikan alam sekitar sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan kesan perubahan iklim yang semakin ketara ketika ini.

“Saya percaya ada kaitan dengan perubahan iklim kerana keadaan cuaca dan alam sekitar kini semakin tidak menentu.

“Justeru, dasar kita di Sarawak yang menekankan kelestarian alam sekitar merupakan langkah penting dalam mengawal kesan perubahan iklim ini,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter itu melanda Myanmar pada Jumaat, dengan beberapa pasukan penyelamat dari pelbagai negara turut terlibat dalam operasi bantuan bersama pihak berkuasa Myanmar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan