Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan terbaru Israel ke atas Gaza, khususnya di Rafah, telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tiga hari. Foto AFP

Serangan ganas Israel di Palestin antara topik perbincangan Anwar, Erdogan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Isu serangan ganas Israel yang semakin memuncak di bumi Palestin ketika umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri menjadi antara topik perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyib Erdoğan.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook berkata perkara itu dibangkitkan dalam panggilan telefom antara beliau dan sahabat baiknya pada petang tadi.

“Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang.

“Saya menegaskan keperluan segera untuk mempertimbangkan rencana-rencana lain bagi menghentikan keganasan ini. Alhamdulillah, Erdoğan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin,” katanya.

Dalam kesempatan itu, Anwar turut menyampaikan ucapan salam Aidilfitri kepada Erdoğan dan keluarganya.

Beliau turut menghargai perkembangan hubungan dua hala amtara kedua-dua negara yang semakin mengukuh terutama susulan kunjungan beliau ke Malaysia tempoh hari.

“Dalam perbualan ini, saya turut menerima jemputan daripada Erdoğan untuk berkunjung ke Turkiye. Semoga persahabatan erat antara kedua-dua pemimpin negara yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan