BINTULU, 31 Mac: Sebuah rumah kebun tinggal rangka selepas terbakar dalam kejadian di Similajau di sini, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.10 petang dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.
“Api marak telah membakar keseluruhan rumah kebun terbabit.
“Pihak bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan satu nozel dari pam jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai.-TVS