Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini bertukar suram bagi sebuah keluarga di Kampung Gobiel, Kuching selepas lantai kediaman mereka tiba-tiba runtuh mengakibatkan enam cedera. Foto JBPM

Raya bertukar suram, lantai rumah runtuh

KUCHING, 31 Mac: Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini bertukar suram bagi sebuah keluarga di Kampung Goebilt selepas lantai kediaman mereka tiba-tiba runtuh mengakibatkan enam cedera dalam kejadian itu.

Ketua Operasi, Tahir Tuah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.28 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Kejadian runtuhan lantai rumah kediaman ini melibatkan enam orang mengakibat dua lelaki dan empat wanita berusia 11 hingga 20 tahun cedera.

“Mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat pemantauan di tempat runtuhan bagi memastikan tiada lagi mangsa berada di tempat kejadian.

“Berdasarkan maklumat dari saksi kejadian terdapat 10 orang berada di dalam rumah semasa kejadian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan