Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Marutin Pagan, 56, maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Bulatan Kanowit/Durin dekat sini semalam. Foto hiasan Envato

Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di Kanowit

ByBernama

SIBU, 31 Mac: Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Marutin Pagan, 56, maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Bulatan Kanowit/Durin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Zulkipli Suhaili yang dihubungi menerusi pesanan WhatsApp tengah malam tadi mengesahkan perkara berkenaan.

“Kemalangan melibatkan Toyota Fortuner yang dinaiki mangsa dan Proton X70 itu berlaku kira-kira 1.59 petang Ahad.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, Toyota Fortuner yang menghala ke Sibu dari Pekan Kanowit telah dilanggar oleh Proton X70,” katanya.

Zulkipli berkata Toyota Fortuner yang dipandu oleh wanita berusia 28 tahun itu terbalik, menyebabkan Marutin tercampak sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang memandu Proton X70 serta pemandu Toyota Fortuner serta empat lagi penumpang di dalam kenderaan itu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kanowit.

Sementara itu adik kepada mangsa yang maut, Maria Pagan menerusi perkongsian di Facebook berkata Marutin dalam perjalanan pulang dari Machan di Kanowit menuju ke Sibu.

Sebelum menyandang jawatan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Bintulu, Sibu dan Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan