Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Normala Said berkata dia berjaya menjual 10,000 batang lemang dua hari menjelang Aidilfitri. Foto, Amiruddin Shah (TVS).

Lemang Bonda jadi pilihan di KL

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Lemang merupakan antara hidangan yang wajib dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

Oleh itu makanan yang terhasil berasaskan beras pulut dan santan serta perlu dibakar dalam tempoh yang lama itu juga mendapat permintaan tinggi sehingga menyaksikan kewujudan banyak peniaga yang menjual hidangan itu.

Di Lembah Klang, Lemang Bonda cukup popular dalam kalangan penduduk di Subang Jaya.

Pengusahanya, Normala Said berkata, dalam tempoh dua hari sebelum Syawal, sebanyak 9,000 sehingga 10,000 batang lemang berjaya dijual.

Katanya yang memulakan perniagaan itu pada 1995, rahsia kejayaannya terletak pada penjagaan kualiti produk yang disediakan.

“Kami memastikan bahan-bahan yang digunakan berkualiti tinggi bermula daripada beras, santan sehinggalah teknik yang digunakan untuk memasak lemang.

“Santan kami tidak gunakan yang dijual di pasaran, sebaliknya kami masih lagi parut sendiri.

“Selain itu saya juga masih membakar lemang secara tradisional kerana inilah resipi warisan yang saya dapat dari orang tua saya dan ia mengambil masa sekitar dua jam untuk siap,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Peniaga berusia 51 tahun yang lebih mesra disapa Kak Emma itu menambah, pelanggan yang membeli ‘Lemang Bonda’ bukan sahaja datang dari Lembah Klang dan sebaliknya ada dari Sarawak dan Sabah, malah ada yang datang dari London.

“Ada yang saya jual, mereka kata mereka nak bawa balik ke London. Lepas dia sampai sahaja ke sana, mereka kirimkan gambar menandakan lemang kami sudah menjejaki lokasi tersebutlah,” ujar beliau dengan senyuman.

Jelasnya perniagaan menjual lemang dijalankan secara bermusim termasuk pada Ramadan, Syawal serta Hari Raya Aidiladha.

Kemuncak jualan katanya pada dua malam terakhir Ramadan sehingga mereka perlu beroperasi 24 jam.

“Pada mulanya, Lemang Bonda tidak pernah terlintas untuk dijual dan dijenamakan kerana ia hidangan untuk keluarga semasa raya.

“Namun apabila ramai ahli keluarga serta saudara mara mula membuat tempahan, ianya menjadi buah mulut ramai sehingga saya dan suami, Supaat Basir mengambil keputusan untuk membuka perniagaan,” katanya.

Harga Lemang Bonda dijual bermula pada RM13 hingga RM20 dan bergantung kepada saiz manakala lemang jagung dan pulut hitam dibuat atas permintaan khas dan caj tambahan RM2 akan dikenakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan