Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 pada hari pertama di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Lebih 1,000 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Sarawak

ByMadeline Dugat

KUCHING, 31 Mac: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menarik lebih 1,000 tetamu yang memeriahkan suasana di Astana Negeri Sarawak pada hari pertama Syawal.

Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pegawai kerajaan, wakil NGO, pasukan beruniform dan orang awam turut mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum yang menjadi ciri khas di Sarawak.

Keadaan semakin meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang mengenakan pakaian tradisional termasuk baju Melayu menambah seri dan semangat dalam menyambut Aidilfitri.

Pada majlis tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sarawak tidak hanya menyambut tetamu tetapi turut memberikan sumbangan duit raya yang menambah keceriaan dan kegembiraan dalam kalangan tetamu yang hadir.

Sementara itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir bersama barisan kepimpinan negeri untuk merakamkan kenangan bersama Tun Wan Junaidi dan isteri.

Majlis tersebut turut menawarkan pelbagai juadah tradisional yang menyelerakan termasuk mi Jawa, rendang, satay, ketupat dan sebagainya yang disediakan oleh vendor tempatan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak ini memperlihatkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di wilayah ini yang turut mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakatnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan