Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah jenayah di Paris pada Isnin mendapati ahli politik nasionalis sayap kanan Perancis, Marine Le Pen bersalah dalam kes penyelewengan dana. Foto AFP

Le Pen didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana Parlimen EU

ByBernama

PARIS, 31 Mac: Mahkamah jenayah di Paris pada Isnin mendapati ahli politik nasionalis sayap kanan Perancis, Marine Le Pen bersalah dalam kes penyelewengan dana, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bagaimanapun, hukuman masih belum dijatuhkan dan kesannya terhadap karier politik beliau masih belum dapat dipastikan.

Pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara dan denda serta mencadangkan larangan selama lima tahun ke atas Le Pen daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Tuduhan utama berkaitan dakwaan bahawa parti pimpinannya, National Rally, menerima dana daripada Parlimen Eropah bagi menggaji pembantu parlimen yang sebenarnya turut bekerja untuk parti itu.

Kes terbabit dilihat sebagai satu tamparan hebat terhadap usaha Le Pen untuk memperbaiki imej partinya.

Secara keseluruhan, seramai 28 individu dituduh dalam kes ini, yang melibatkan jumlah dana hampir €7 juta (US$7.3 juta).

Tuduhan itu yang meliputi tempoh antara 2004 hingga 2016, membayangi Le Pen dan partinya selama bertahun-tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan