Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jamel Jimaah bercakap semasa ditemui pemberita di lokasi kejadian di Kuching pada Isnin. Foto TVS

Lantai rumah runtuh ketika tetamu datang beraya

KUCHING, 31 Mac: Kejadian rumah runtuh yang berlaku di Kampung Goebilt berlaku semasa kunjungan Hari Raya Aidilfitri sedang berlangsung.

Mangsa, Jamel Jimaah berkata, semasa kejadian, tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan sedang datang beraya.

Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba lantai rumah runtuh menyebabkan semua tetamu jatuh menyebabkan enam mangsa cedera.

“Macam cucu dan anak-anak saya naik untuk berjarah (bersalam) raya dengan saya, kemudian lantai rumah runtuh.

“Orang kampung datang untuk menolong dan mengangkat mereka ke tempat selamat,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di lokasi kejadian di Kuching pada Isnin.

Menurutnya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu mereka sekeluarga membina baharu rumah.

“Saya rasa jika dapat tolonglah , susah hati kamek (saya) fikirkan ini.

“Rumah ini sudah berusia 42 tahun sejak ia dibina,” ujarnya.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.28 pagi lalu menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Kejadian runtuhan lantai rumah kediaman melibatkan enam orang mengakibat dua lelaki dan empat wanita berusia 11 hingga 20 tahun cedera.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam dan sehingga kini masih dihospital untuk pemantauan lanjut.

Rumah tersebut didiami oleh 10 penghuni termasuk dua warga emas, tujuh orang dewasa dan seorang kanak-kanak. -TVS

Tags: raya, rumah, runtuh

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan