Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam. Foto hiasan Envato

Kanak-kanak meninggal dunia kemalangan di Terowong Menora

ByBernama

IPOH, 31 Mac: Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (BPP) dalam laman Facebooknya memaklumkan kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita dan lelaki cedera parah.

“Pos kawalan Menora menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang.

“Seorang kanak-kanak didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, video nahas berkenaan tular di media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan