Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi merakam gambar kenangan setelah menunaikan solat sunah Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Kampung Sebangan di Sebuyau pada Isnin. Foto TVS

Julaihi tunai solat sunat Aidilfitri bersama penduduk Sebangan

SEBUYAU, 31 Mac: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama penduduk Sebangan.

Perkarangan masjid mula dihadiri oleh penduduk kampung seawal jam 7 pagi bagi menunaikan solat berjemaah di masjid.

Menurut Julaihi, hiasan dalaman masjid tersebut siap sepenuhnya pada tahun ini bagi memberi keselesaan kepada penduduk menunaikan amal ibadah.

“Alhamdulillah Masjid Darul Aman telah siap sepenuhnya baru-baru ini dengan hiasan dalaman juga siap sepenuhnya.

“Selain daripada siap secara fizikalnya, hiasan dalaman pun siap pada bulan Ramadan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media setelah menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama penduduk Kampung Sebangan di Sebuyau pada Isnin.

Masjid Darul Aman yang bertempat di Sebangan, Sebuyau siap dibina semula pada tahun 2023 setelah pertama kalinya didirikan sejak tahun 1994.

Pembinaan masjid tersebut dilaksanakan di bawah Projek Pembangunan Luar Bandar (RTP) dengan jumlah keseluruhan kos sebanyak RM2.7 juta yang mampu menampung jemaah seramai 1,000 orang dalam satu-satu masa.

Melalui pembinaanya, ia mampu memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk menunaikan ibadah fardhu serta aktiviti keagamaan yang ingin dijalankan di dalam masjid. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan