Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak 2025. Foto UKAS

Ibu pejabat MASWings dipindahkan ke Sarawak

KUCHING, 31 Mac: Ibu pejabat MASWings yang kini masih beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah akan dipindahkan ke Sarawak.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan perancangan pemindahan tersebut, kakitangan semasa syarikat penerbangan itu akan diberikan pilihan hala tuju mereka seterusnya.

“Sekarang ini, ibu pejabat MASWings masih lagi di Kota Kinabalu dan kita akan pindahkan ibu pejabat ini ke Sarawak yang mana kita akan memberi pilihan kepada kakitangan semasa sama ada mereka mahu terus berkhidmat atau ada pilihan yang lain.

“Saya jangkakan perkara ini dapat diselesaikan menjelang tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, pada Isnin.

Mengulas mengenai pertandingan reka cipta logo dan reka bentuk AirBorneo, Abang Johari menjelaskan ia kini masih di dalam proses pemilihan.

“Saya masih lagi melihat kepada maklum balas daripada mereka yang terlibat yang mana kita akan mengambil reka bentuk yang terbaik untuk AirBorneo kita.

“Selepas itu, kita akan membuat keputusan secara berperingkat,” ujarnya.

Tambahnya, pengambilan MASWings yang dijenamakan semula sebagai AirBorneo akan memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi wilayah ini memandangkan Sarawak tidak lagi terpencil dari negara luar memandangkan jurang keterhubungannya telah dirapatkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan