Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri serangan udara Israel sejak awal pagi Ahad, lapor Anadolu Ajansi.  Foto AFP

33 maut, Gaza bermandikan darah menjelang Aidilfitri

ByBernama

GAZA CITY, 31 Mac: Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri serangan udara Israel sejak awal pagi Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Saksi dan petugas perubatan memaklumkan bahawa serangan udara Israel menyasarkan kediaman penduduk, khemah perlindungan, serta kenderaan awam di Gaza City, Jabalia di utara, dan Khan Younis di selatan.

Menurut sumber perubatan, serangan ke atas beberapa kawasan termasuk sebuah rumah di Bani Suheila, timur Khan Younis, serta khemah yang menempatkan keluarga pelarian di Qizan Raswan meragut 17 nyawa, termasuk lapan kanak-kanak.

Pada masa yang sama, kereta kebal dan artileri Israel turut membedil kawasan timur Abasan al-Kabira, timur Khan Younis.

Di Gaza City, seorang rakyat Palestin terbunuh dan beberapa yang lain cedera selepas jet pejuang Israel menyasarkan tiga kenderaan awam di kawasan Tuffah.

Sementara itu, di utara Gaza, dua kanak-kanak perempuan terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas rumah keluarga Maqbel di kawasan Jurn, Jabalia, dibom oleh pesawat tempur Israel.

Dalam satu lagi serangan di kawasan timur Gaza City, lima rakyat Palestin terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila sebuah rumah di Jalan Mushtaha, kejiranan Shejaiya, menjadi sasaran.

Serangan berterusan turut menyaksikan dua kanak-kanak maut akibat tembakan kereta kebal Israel mengenai rumah mereka di timur Jabalia, manakala dua lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ke atas khemah pelarian di timur kem Nuseirat, Gaza.

Di Deir al-Balah, Israel menyerang sebuah khemah berhampiran Hospital Al-Aqsa Martyrs, membunuh dua lagi rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain.

Sumber perubatan juga melaporkan seorang pemuda dan seorang kanak-kanak maut akibat kecederaan yang dialami susulan pengeboman di kem Khan Younis dan kawasan al-Mawasi, selatan Gaza.

Dalam keadaan Gaza terus dibedil tanpa henti, ratusan ribu rakyat Palestin menunaikan solat Aidilfitri di atas runtuhan masjid yang musnah, di pusat perlindungan pelarian, serta di sebelah puing-puing kediaman mereka.

Sejak serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza bermula pada Oktober 2023, lebih 50,250 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh, manakala lebih 114,000 cedera dalam kempen ketenteraan yang semakin ganas.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan