Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sebuah video berdurasi kira-kira empat minit yang memaparkan dua anggotanya menahan seorang penunggang motosikal sebagai kejadian terbaharu, sebaliknya mengesahkan insiden itu berlaku pada 2020. Foto media sosial

Video tular anggota JPJ tahan penunggang motosikal insiden lama

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sebuah video berdurasi kira-kira empat minit yang memaparkan dua anggotanya menahan seorang penunggang motosikal sebagai kejadian terbaharu, sebaliknya mengesahkan insiden itu berlaku pada 2020.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan tatatertib telah diambil terhadap kedua-dua anggota terbabit.

Beliau sehubungan itu menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berkaitan video berkenaan.

“Pihak JPJ telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menghentikan penyebaran video itu dan tindakan yang sewajarnya.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu dengan pihak JPJ bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan