Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan yang digunakan suspek dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah yang ditahan pihak polis dalam rondaan cegah jenayah di Jalan Green, Kuching, awal pagi tadi. Foto IPD Kuching

Polis terpaksa lepaskan tembakan

KUCHING, 30 Mac: Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan selepas cuba dilanggar dan berjaya menahan tiga suspek ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Green di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, anggota polis cuba menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Mitsubishi Triton warna merah dan sebuah kereta Perodua Bezza warna merah dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

Menurutnya, kenderaan tersebut terus melarikan diri dan anggota polis terus mengejar kenderaan Mitshubishi Triton dengan menyalakan lampu beacon sehingga ke satu jalan di kawasan taman perumahan berhampiran.

“Semasa berada di jalan tersebut, pemandu Mitshubishi Triton telah membuat pusingan U dan terus meluru hendak melanggar ketiga-tiga anggota polis yang sedang berada di atas jalan.

“Salah seorang anggota polis telah melepaskan satu das tembakan ke arah kenderaan tersebut dan menyebabkan ia terbabas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis berjaya menangkap seramai tiga lelaki berusia 39 tahun, 41 tahun dan 43 tahun yang merupakan warga tempatan manakala hasil semakan lanjut mendapati dua daripada suspek mempunyai beberapa rekod lampau jenayah narkotik.

“Pihak polis juga telah merampas kenderaan tersebut serta peralatan yang disyaki bagi tujuan jenayah, semasa kejadian, salah seorang suspek berusia 41 tahun telah mendapat kecederaan dan sedang dirawat di hospital serta dalam keadaan stabil.

“Hasil saringan awal ujian air kencing ke atas ke semua suspek adalah positif dadah, ke sema suspek telah ditahan reman sehingga 3 April 2025 untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Merbin berkata, pihak polis giat mengesan kenderaan Perodua Bezza warna merah yang masih bebas dan menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kanan kes, ASP Chris Olsen Ramlee di talian 013-8607572.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan dengan kejadian ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan