Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tarikh melihat anak bulan Syawal di Thailand ditetapkan pada petang 30 Mac di 40 wilayah seluruh negara, menurut penasihat kepada Sheikhul Islam di Pattani. Foto Bernama

Pengumuman tarikh 1 Syawal Thailand pada petang Ahad

ByBernama

PATTANI, 30 Mac: Tarikh melihat anak bulan Syawal di Thailand ditetapkan pada petang 30 Mac di 40 wilayah seluruh negara, menurut penasihat kepada Sheikhul Islam di Pattani, Wae Deramae Mamingchik.

Wae Deramae, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, menjelaskan bahawa terdapat 40 wilayah di Thailand yang mempunyai pejabat Hal Ehwal Agama Islam.

“Sheikhul Islam Thailand telah mengarahkan Majlis Agama Islam di 40 wilayah supaya melaksanakan cerapan anak bulan pada 30 Mac. Sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam, saya telah menerima arahan tersebut dan membuat persiapan untuk cerapan anak bulan di seluruh Thailand.

“Jika anak bulan kelihatan esok (30 Mac), maka 1 Syawal akan jatuh pada 31 Mac. Namun, jika tidak kelihatan, 1 Syawal akan bermula pada 1 April,” katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Wae Deramae turut memaklumkan bahawa Thailand mempunyai kira-kira 10 juta penduduk beragama Islam, dengan majoritinya menetap di wilayah selatan seperti Pattani, Yala dan Narathiwat.

Beliau menambah, pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal akan dibuat oleh Sheikhul Islam Thailand, Arun Boonchom, melalui siaran televisyen dan radio pada petang esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan