Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemain di Austria memenangi hadiah terbesar dalam sejarah loteri Euromillions, berjumlah €250 juta (US$270 juta) dalam cabutan pada Jumaat malam. Foto hiasan Envato

Pemenang loteri Austria menangi hadiah terbesar dalam sejarah, €250 juta

ByBernama

VIENNA, 30 Mac: Seorang pemain di Austria memenangi hadiah terbesar dalam sejarah loteri Euromillions, berjumlah €250 juta (US$270 juta) dalam cabutan pada Jumaat malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Identiti pemenang bertuah itu tidak didedahkan oleh Austrian Lotteries dalam pengesahan kemenangan pada Sabtu.

Kemenangan ini mengatasi rekod cepumas Euromillions sebelumnya sebanyak €240 juta yang dimenangi pada Disember 2023, juga oleh seorang pemain di Austria. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan