Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah dalam Operasi Khas Hari Raya Aidifitri (HRA) 2025 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu petang Jumaat.

Pemandu bas ekspres positif dadah ditahan dalam operasi Aidilfitri di Sibu

SIBU, 30 Mac: Seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah dalam Operasi Khas Hari Raya Aidifitri (HRA) 2025 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu petang semalam.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu Azimah Marsid berkata ujian di lapangan mendapati pemandu berusia 68 tahun itu didapati positif mengambil dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), Methamphetamine dan ketamin.

“Pemandu itu kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. AADK Sibu juga akan menghantar laporan lengkap kepada Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selepas proses berkenaan selesai, AADK akan memohon perintah mahkamah sama ada pemandu itu perlu menjalani program di pusat pemulihan penagihan narkortik (PUSPEN) atau pengawasan dalam komuniti.

“Lelaki yang memandu bas bagi perjalanan Sibu ke Kapit itu merupakan antara 10 orang pemandu bas yang menjalani ujian saringan air kencing semasa operasi yang dijalankan di Terminal Bas Jalan Pahlawan di sini,” katanya.

Sementara itu, Azimah berkata AADK Sibu akan sentiasa bekerjasama dengan pihak JPJ bagi mengesan pemandu-pemandu kenderaan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di daerah ini dari semasa ke semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan