Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR menjalankan operasi mencari seorang penumpang lelaki bot ekspres yang terjatuh di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis hari ini.Foto JBPM

Operasi SAR ditangguh, mangsa jatuh bot ekspres belum ditemui

TANJUNG MANIS, 30 Mac: Operasi mencari dan menyelamat(SAR) seorang penumpang lelaki bot ekspres yang terjatuh di muara Sungai Paloh di sini semalam ditangguhkan petang ini berikutan cuaca semakin gelap.

Komander Operasi, Adam Gauk berkata, operasi SAR hari kedua yang dimulakan pagi tadi menggunakan bot penyelamat dan membuat pencarian dengan teknik
pencarian di permukaan air ke hilir dan ke hulu muara sungai Paloh dari jarak radius lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Operasi juga di teruskan dengan pelbagai agensi menyusuri sungai Bangau, Kampung Kedang namun masih tiada tanda mangsa dijumpai.

“Setakat ini mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi ditangguhkan jam 5 petang kerana faktor cuaca semakin gelap dan akan disambung semula pagi esok.

Dalam kejadian sekitar jam 1.20 tengah hari semalam, mangsa Awang Indera Awang Mahmud,45, seorang penumpang
bot ekspres telah terjatuh di muara Sungai Paloh.-TVS

Tags: hilang, JBPM, Paloh

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan