Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri. Foto BAM

Muhammad Haikal sasar kembali beraksi di Malaysia Masters 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri terpaksa menunggu selewat-lewatnya Mei ini sebelum dapat kembali menyertai sebarang kejohanan kompetitif bersama gandingannya Choong Hon Jian.

Ia susulan pemain berusia 22 tahun itu masih belum pulih daripada kecederaan otot paha dialaminya semasa sesi latihan pada Disember tahun lepas.

Menurut Muhammad Haikal, ketika ini beliau sedang memberi fokus kepada proses rehabilitasi di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Kalau ikutkan kecederaan saya memang teruk kerana otot paha koyak lapan sentimeter. Jadi sekarang memang fokus kepada rehab dan tiada keperluan untuk buat pembedahan pada masa ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Muhammad Haikal mengakui kecederaan dialaminya itu memberikan kesan kepada ranking dunia mereka apabila terkeluar daripada kelompok 30 terbaik dalam acara beregu lelaki, dengan berada di kedudukan ke-31.

Justeru, beliau berharap kecederaan dialaminya itu dapat pulih selewat-lewatnya sebelum saingan  Masters Malaysia 2025 pada 20 hingga 25 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Saya memang rindu untuk kembali beraksi di gelanggang dan kini sedang cabar diri untuk buat kemunculan semula. Saya harap di Masters Malaysia nanti, saya dan Hong Jian dapat beraksi semula,” katanya.

Mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Muhammad Haikal mengakui sangat gembira apabila diberikan cuti untuk menyambut perayaan bersama keluarga di Kelantan.

Menurutnya, raya tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun lepas apabila hampir kesemua ahli keluarganya pulang beraya di kampung halaman mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan