Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS

Malaysia antara negara terawal hulur bantuan kepada Myanmar atas semangat ASEAN – KSN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Malaysia antara negara terawal tampil menghulurkan bantuan kepada Myanmar yang berdepan bencana gempa bumi sebagai manisfestasi semangat ASEAN, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata Malaysia telah menghantar 50 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Myanmar pagi tadi untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ekoran bencana berkenaan.

“Marilah kita mendoakan agar SMART Malaysia yang diketuai oleh Kontinjen Komander Penguasa Kanan Bomba (PgKB) 1 Mohamad Hafiezul Abdul Halim diberikan perlindungan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 melanda negara Asia Tenggara itu Jumaat lepas dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

Sehingga semalam, jumlah korban bencana itu di Myanmar mencecah hampir 2,000 orang selain ribuan cedera dan ratusan lagi masih hilang.

Sementara itu, dalam hantaran sama, Shamsul Azri juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada anggota keselamatan seperti polis, bomba, tentera dan pasukan perubatan yang bertugas pada musim perayaan ini atas pengorbanan dan khidmat bantuan kemanusian mereka.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan