Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Kukuhkan semangat persaudaraan sempena Aidilfitri

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Mac: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru rakyat Sarawak mengukuhkan semangat persaudaraan, toleransi dan perpaduan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Beliau berkata, rakyat Sarawak dan Malaysia yang berbilang kaum hendaklah menjauhi isu sensitif seperti ekstremisme agama dan perkauman yang boleh menggugat keharmonian serta perpaduan negara.

“Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menjauhi isu-isu sensitif seperti ekstremisme agama dan perkauman yang boleh menggugat keharmonian serta perpaduan kita.

“Semoga perayaan ini membawa keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan kepada kita semua,” katanya dalam mesej sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 pada Ahad.

Beliau dan keluarga turut mengutuskan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 kepada mereka yang menyambutnya.

Menurutnya, Sarawak amat bertuah kerana kerajaan di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat terutama dalam memastikan pembangunan infrastruktur jalan raya yang berkualiti.

“Baru-baru ini, kita menyaksikan pra pembukaan Jambatan Jepak – Bintulu di Bintulu dan Jambatan Sungai Rajang di Bahagian Sarikei.

“Tidak dapat digambarkan kegembiraan mereka yang dapat pulang beraya dengan lebih mudah melalui kemudahan ini,” ujarnya.

Beliau turut menyeru sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Abang Johari agar agenda pembangunan dapat terus dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan