Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyarankan pengguna di sebahagian daerah Sik dan Gurun untuk membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakannya secara berhemah. Foto hiasan Envato

Kekeruhan air mentah di tiga LRA, SADA saran pengguna simpan bekalan

ByBernama

ALOR SETAR, 30 Mac: Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyarankan pengguna di sebahagian daerah Sik dan Gurun untuk membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakannya secara berhemah.

SADA dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan ia berikutan bacaan kadar kekeruhan air mentah melibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Jeniang Baru, LRA Jeniang Lama dan LRA Sungai Pau menunjukkan trend meningkat dan berisiko terjadinya gangguan bekalan air.

“Kejadian kekeruhan air mentah yang meningkat ini adalah disebabkan oleh faktor hujan lebat di Hulu Sungai Muda.

“Sehingga kini, LRA yang terlibat masih beroperasi 100 peratus, namun pihak SADA menyarankan agar pengguna dapat melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air,” menurut kenyataan itu.

SADA memaklumkan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pengguna boleh menghubungi talian i-SADA di nombor 15404 atau melalui e-mel aduan SADA iaitu aduan@sada.com.my untuk maklumat lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan