Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Ahad, menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Foto AFP

Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri pada Ahad

ByBernama

ISTANBUL, 30 Mac: Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Ahad, menandakan berakhirnya bulan Ramadan.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan bahawa anak bulan telah kelihatan pada Sabtu.

Dengan itu, Aidilfitri akan diraikan pada Ahad.

Pengumuman serupa turut dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.

Bagaimanapun, Oman memaklumkan bahawa negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Isnin susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan.

Aidilfitri merupakan satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, selain Aidiladha. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan