Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika sidang media selepas Program Bantuan Beras Presma kepada 3,333 Asnaf Sempena Hari Raya Aidilfitri di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah Taman Seri Rampai hari ini. Foto Bernama

Hentikan isu perkauman bawa perpecahan dalam masyarakat – Speaker Dewan Rakyat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menyeru semua pihak berhenti dan sentiasa berwaspada dalam mengeluarkan sebarang komen atau pendapat yang boleh mencetus ketegangan serta merosakkan keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang kaum.

Beliau berkata setiap pandangan perlu dipastikan berdasarkan fakta yang betul terlebih dahulu dan bukannya dilontarkan sewenang-wenangnya yang hanya akan ‘menyimbah minyak ke dalam api yang membara’.

“Kalau inilah cara kita bertindak, amat berbahaya. Sebab itu, berlaku adillah pada diri dan masyarakat. Pastikan fakta yang betul terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Program Bantuan Beras Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kepada 3,333 asnaf sempena Aidilfitri di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Presiden PRESMA Datuk Jawahar Ali Taib Khan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan